Friday 14 June 2013

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?


Bulan Puasa da semakin hampir. Ibu2 yang menyusu da buat persediaan untuk hadapi bulan puasa??
Tahniah kpd ibu yang dah berjaya buat stock susu utk anak tersayang sepanjang bulan puasa. Kepada yg belum sempat buat stock, jom tambah ilmu lg sebagai persediaam utk bulan ramadhan nanti.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda. 

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. 

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa. 

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 

Rujukan : Baby centre.



Info ini sy copy dari baby centre, So, sy cuba cari dlm shaklee apa suplimen yg sesuai utk di ambil waktu bulan puasa.

Cadangan supliment :

1) ESP - MENGEKALKAN RASA KENYANG YANG LEBIH LAMA)
  • merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan .Mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah untuk memastikan karbohidrat terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 

2) Mealshake - (MEMBERI TENAGA & MENGURANGKAN RASA LETIH)
  • merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

3) Performance Drink - (MENGURANGKAN RASA HAUS & MENGEKALKAN HIDRASI BADAN)
  • terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.




No comments:

Post a Comment