Thursday 27 June 2013

b complex

Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tiu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

rambut gugur

  • Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

    9 Perkara Perlu Anda Tahu :

    1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
    2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
    3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
    4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
    5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
    6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
    7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
    8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
    9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

    Apa Anda perlu lakukan?

    Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

    Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

    Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

    Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

    Makanan Mencegah Keguguran Rambut

    Telur Dan Daging AyamSebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

    GandumMakan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

    TaugeSayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

    Sayuran HijauBayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

    Buah-buahan SegarTembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

    Makanan LautKandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

    SalmonMerupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

    Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

    Air MasakMinum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

kalsium

" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "
Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm

  • Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
  • Jantung
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
  • Kulit
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
  • Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?
... kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah.. 

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??
... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.

crdt to : Ms Alina

Friday 14 June 2013

LECITIN

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?


Bulan Puasa da semakin hampir. Ibu2 yang menyusu da buat persediaan untuk hadapi bulan puasa??
Tahniah kpd ibu yang dah berjaya buat stock susu utk anak tersayang sepanjang bulan puasa. Kepada yg belum sempat buat stock, jom tambah ilmu lg sebagai persediaam utk bulan ramadhan nanti.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda. 

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. 

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa. 

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 

Rujukan : Baby centre.



Info ini sy copy dari baby centre, So, sy cuba cari dlm shaklee apa suplimen yg sesuai utk di ambil waktu bulan puasa.

Cadangan supliment :

1) ESP - MENGEKALKAN RASA KENYANG YANG LEBIH LAMA)
  • merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan .Mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah untuk memastikan karbohidrat terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 

2) Mealshake - (MEMBERI TENAGA & MENGURANGKAN RASA LETIH)
  • merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

3) Performance Drink - (MENGURANGKAN RASA HAUS & MENGEKALKAN HIDRASI BADAN)
  • terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.




Monday 3 June 2013

Set kanak- kanak Shaklee


Kenali Set Kanak-kanak shaklee..

Set ini sesuai utk kanak yg berumur 1 tahun keatas yang mengalami masaalah


  • kurang selera makan
  • sering sembelit
  • asma
  • tidak fokus di dalam kelas
  • sering selsema / demam
  • kurang berat badan


==========================================================================


Kebaikan Mealshake :

Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak. Mengandungi 24 vitamin dan mineral penting. Rendah lemak dan rendah glisemik. Sumber protein dan kalsium. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur.Multivitamin - memberikan asas nutrien yang penting utk perkembangan otak & tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B complex yg membantu meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.Protein - membantu menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuk sel-sel imun, sel darah merah, enzim, otot2 & tulang2 yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.




kebaikan Omega guard utk kanak-kanak :

Merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
Sebahagian besar otak terbina daripada lemak yg juga dikenali sebagai asid lemak omega 3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan omega 3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menyelesaikan masaalah, meningkatkan daya tumpuan & ingatan serta perhubungan antara sel otak.

Chew Vita C
Membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting utk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam  selsema. Vitamin C juga perlu utk mengekalkan integrasi  antara sel & menyokong kesihatan mata, gigi,gusi, otot dan peredaran darah bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

------------------------------------------------------------------------



Jom kita tengok testimoni ini:

Testimoni 1# :



Testimoni 2#



Testimoni 3#




Alhamdulillah. Tahniah bagi yg dah berjaya dengan set ini. Kita hanya mampu berusaha, tapi tuhan yang menentukan. So, jgn lupa doakan anak2 kita. =) DOA IBU adalah doa yang paling 'masin'..=) Moga kita mampu jaga 'amanah Allah' sebaiknya.