Wednesday 11 June 2014

KISAH CINTA SAYA DAN SHAKLEE


Kisah saya bermula apabila melahirkan baby pertama. Umar lahir dengan berat 2.34 dan ada ruam pada badan. Sedih sangat waktu tu sebab umar kene tahan kat wad. Sejak pregnant lagi dah niat nak breastfeed umar. Saya gagahkan juga ulang alik hospital sebab nak menyusukan umar. Hari ketiga umar disahkan terkena penyakit kuning (Jaundice)..saya terpaksa  stop mkn jamu sebab panas utk baby yang menyusu susu ibu..=( Saya perlu cari 'sesuatu' utk kesihatan badan ditambah pulak meyusukan baby. Setakat makan ikan panggang waktu pantang, tak cukup untuk badan saya mendapat zat yang sepatutnya.

Bermula la sesi sy meng'google' untuk cari set berpantang yg terbaik..hehehe. Saya pilih set berpantang shaklee sebab suplimen ini bukan sahaja sesuai utk bantu saya dapatkan cukup nutrisi  dalam pantang, tetapi juga sesuai dimakan untuk ibu yang menyusukan bayi yang ada penyakit kuning (Jaundis). 

ALHAMDULILLAH, 2 minggu sy dah tak jalan kepit2 lagi. Husband saya pulak yang risau. Dia selalu pesan jangan jalan laju.hehehe. Tetamu juga ramai yang puji bagitahu saya nampak sihat, muka tak pucat. Saya mula JATUH CINTA dengan PRODUK shaklee. Saya mula usha produk2 lain. Saya decide untuk join ahli sebab banyak jugak set shaklee tawarkan yang menarik perhatian saya terutama Set ibu  menyusu.

Waktu bermula lagi saya dapatkan rasakan Shaklee sgt berbeza dengan MLM yang pernah saya kenal sebelum ini. Bila dah register sebagai ahli saya di jemput masuk ke dalam beberapa secret group bawah bimbingan GROUP Jutawan. MENARIK! itu yang boleh saya ungkapkan. Banyak sangat info yang saya perolehi dari group itu. Banyak sangat 'guide' diberikan untuk mereka yang ingin menjadikan shaklee sebagai sumber pendapatan. Apa yang sangat menarik, kami di ajar untuk 'berkongsi' dan bukannya untuk menjual. Ya, memang itu niat saya join shaklee. Saya ingin berkongsi dengan kawan pengalaman sy sebagai pengguna shaklee. Bantu kawan yang ada masalah hampir sama dengan saya. 

Bulan pertama, saya terus layak untuk mendapat CASH BONUS dari shaklee. Saya bertambah yakin untuk mengenali Shaklee dengan lebih dekat. Terima kasih kpd upline2 saya terutama wawa yang banyak membantu saya dalam shaklee. Kini shaklee menjadi salah satu sumber pendapatan saya setiap bulan.Terima kasih Allah temukan saya dengan Shaklee.